Monday 4 August 2008

Ezam Ezam sudah la Saudara

Saya tertarik dengan cara saudara ezam kita berjuang untuk,kalah tak apa janji berada dibarisan hadapan.He he ini perjuangan apa ini kalau dah tahu kalah(memang akan kalah pun bahkan kekalahan yang paling teruk sekali)buat apa nak bertanding, rakyat sekarang bukan bodoh kalau setakat ezam orang tak kan percaya lombat sana lompat sini lepas ini lompat mana lak pun tak tahu, siapa yang nak percaya.

Kita sebelum nak bercakap apa-apa kita hendak lah berfikir jangan main sedap tekak je,saya percaya saudara ezam kita adalah seorang yang matang so kalau nak bercakap berfikir la dulu jangan main bantal je dan yang saya hairan sangat tu sanggup nak bertanding tu dipermatang pauh, umno tak offer pun suka suka je offer diri lepas tu mengaku kalah pulak awal awal.

Bagi saya ezam bukan la lawan anwar ibrahim tapi saudara ezam kalau nak bertanding juga sila kan lah lagi pun kita dah memang tahu keputusan nya kan,so go a head bro ini bukan la satu cabaran yang hebat buat saudara anwar, bagus juga tu sebab saudara anwar bole guna cabaran nya di tempat lain tak la stress sangat lawan dgn budak hingusan ini macam tak ada calon la kira.Kalau part bercakap bukan main kalah mahathir,tiru siapa dan belajar dengan siapa pun tak tau la tapi bunyi kadang kadang ada macam anwar juga opssss bukan kadang kadang selalu belajar dengan anwar kot.

Dah la saudara ezam saya rasa banyak lagi benda yang saudara bole buat untuk rakyat, NGO yang saudara tubuh kan itu mmg bagus kalau saudara tumpu kan kerjaya saudara di situ saya yakin banyak yang saudara bole bantu rakyat malaysia. Terang terang saya ingin saudara tahu yang saudara bukan la layak untuk menjadi ahli politik,tukang karut mungkin bole tapi bukan ahli politik so sudah la pergi buat benda lain fokus benda yang ada feadeh untuk diri sendiri pun bagus.

Thursday 31 July 2008

Terima Kasih Wan Azizah

Terima kasih saya ucap kan kepada kak wan,jasa kak wan tetap rakyat malaysia kan kenang.Demi perjuangan ini kak wan telah melalui banyak duri ranjau kehidupan dan saya rasa kak wan tempuh nya dengan tenang sybas kak wan.

Sekarang ini kita perlu bercakap mengenai permatang pauh menang tetap menang apa yang kita perlu kan sekarang ialah untuk pasti kan yang barisan nastional hanyan mendapat 100 undi sahaja(calon dan berberapa kerat balaci calon). Biar mereka tahu apa itu erti aib.Jangan pandai nak aib kan orang sahaja kena tahu apa erti aib dan rasa kan. Kalau tak menjadi kesalahan saya nak cakap datang la sesiapa saja yang ingin bertanding dengan dsai saya rasa beliau tidak sedikit pun gentak kerana beliau ada di tempat yang benar dan rakyat tahu bahawa anwar tidak bersalah, tok sah nak lobi lobi dah la kami rakyat malaysia cerdik sekarang ini.


Ini lagi satu saudara ezam kita ini cakap macam orang pandai pandai tapi dia tak perasaan rakyat malaysia sekarang ini cerdik, kalau melompat sekali kita faham mungkin individu itu ingin kan perubahan tapi kalau dua kali ini individu yang tak ada matalamat hidup, dan tak pemalu dulu kutuk umno tapi sekarang masuk umno kalau bertanding ingat bole menang ke.
Orang macam ini tak layak jadi pemimpin.Kita kena faham negara dah merdeka 50 tahun pembangunan ada dimana mana sahaja itulah yang kita laung kan selama ini tetapi dalam masa yang sama kita lupa bahawa bila negara kita membangun minda rakyat juga membangun,rakyat tidak bodoh lagi kena faham itu dan rakyat tidak mahu dengar orang ada 6 guni rahsia atau ada rahsia orang lain rakyat tak minat la.Apa yang kita rakyat mahu sekarang ialah berhenti bercakap dan berkerja.demi masa depan malaysia 50 tahun akan datang.

Wednesday 30 July 2008

Anwar Ibrahim Dari Kacamata Mikhail Raul

Salam kepada semua,ini adalah kali pertama saya menulis blog selepas mempelajari nya dari kawan baik saya.Ucapan sejuta terima kasih kepada dia.Untuk pengetahuan umum dan bloggers saya bukan la penulis tetapi oleh kerana ingin sangat mengeluar kan isi hati ini yang telah terbuku hampir 11 tahun maka saya rasa ini lah saluran yang terbaik untuk saya.

Anwar Ibrahim Dari kaca mata saya adalah la seorang yang sangat cekal menharungi liku liku kehidupan demi menengak kan satu misi untuk rakyat malaysia.Saya juga berani mengatakan bahawa dialah pemimpin yang sangat berani dan lantang bersuara demi menengak kan kebenaran. Dihina,dicaci,diaib,dipukul tetapi tetap bangkit dan lawan atas dasar kebenaran

Saya percaya anwar memang layak untuk memerintah malaysia dengan pengalaman nya dan kecekalan hati nya dan juga yang paling penting latar belakang ugamanya,juga kepetahan beliau bercakap sesiapa yang berdebat dgn anwar,apabila tiba giliran mereka untuk menjawap dan menerang kan sesuatu pasti mereka mengigil dan ketika bercakap air liur akan bertakung dikiri dan kanan mulut,itu lah kehebatan anwar ibrahim ketika berdebat.

Saya Juga berharap penantian saya selama ini berakhir sebelum 16 sept 2008 kerna saya rasa kita perlukan perubahan yang segera dimalaysia ini,dan rakyat malaysia sekarang ada lah rakyat yang cerdik dan pandai memilih apa kah keperluan mereka pada masa ini .

Akhir Sekali ingin saya katakan disini kepada dsai You have all the support